Lawat Zoo Negara (snapshot henfon)

  - Dari posting lama bertarikh Ahad 30 Julai 2017:  
Pada hari Sabtu (semalam), aku ke KL, menghantar anak gadis ku ke Kompleks Sukan Negara untuk menghadiri latihan pertamanya sebagai sukarelawan Sukan Sea 2017. Pagi-pagi lagi, sesudah Subuh ('Sebelum Subuh kau pergi buat apa, orang belum bangun tidur..' kata Ahmad Nisfu dalam filem Bujang Lapok), kami memulakan perjalanan. Dua orang anak lelaki ku turut bersama.

Kami singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak, beli roti dan air kotak sebagai alas perut.

Perjalanan dengan menaiki kereta ku yang tak berapa nak laju tu mengambil masa lebih dua jam untuk sampai ke destinasi berpandukan gugel mep. Maklumla belum pernah aku ke Kompleks Sukan Negara sebelum ini.

"Nanti kalau dah nak balik call ayah," aku berkata kepada anak perempuan ku sebelum meninggalkannya di kompleks berkenaan.

Aku pun memandu kereta ku dengan tidak tau kemana arah yang pasti nak dituju. Singgah di Mac D di sebuah stesen minyak. Semasa bersarapan di sana, timbul idea. "Kalau kita tunggu kakak balik lama lagi.. kita ke Zoo Negara, nak tak?" aku mengajukan cadangan kepada kedua anak lelaki ku. "Jom," dengan pantas yang bongsu menjawab. Maka kami pun ke sana.. berkunjung ke Zoo Negara.

Harga tiket masuk ialah RM44 bagi seorang dewasa dan RM16 bagi seorang kanak-kanak.








































* Kali terakhir aku melawat Zoo Negara sebelum ini ialah lebih kurang (agak2) 15-20 tahun yang lalu.

Ulasan